Ahad, 15 Ogos 2010

PENDAHULUAN



Sistem pendidikan pada masa kini lebih menumpukan kepada peperiksaan mensyaratkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang sahaja yang dibenarkan memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh. Keputusan peperiksaan pelajar juga menjadi ukuran kepada pelajar sekolah berasrama penuh. Namun begitu, di sekolah-sekolah biasa sesebuah kelas dihuni oleh lebih daripada 35 orang pelajar dan mereka ini terdiri daripada pelbagai perbezaan seperti kecerdasan, minat dan motivasi. Guru-guru tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap pelajar. Sehubungan dengan itu, murid berpencapaian rendah dalam akademik akan sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan, menganggap pelajaran susah untuk difahami, mempunyai perasaan cemas apabila berhadapan dengan guru dan rakan-rakan serta tidak berasa gembira apabila berada di sekolah.Oleh itu,permintaan terhadap "pembelajaran tambahan" ditingkatkan dan diperbanyakan di sesebuah kawasan sebagai satu keperluan terhadap anak-anak remaja kini dan akan datang seperti "bagai cendawan tumbuh selepas hujan".





AMIRUL AZAM BIN ZULKAFLI (200326)

LATAR BELAKANG

Pada masa kini, pusat-pusat tuisyen atau kelas-kelas tuisyen tumbuh bercambah selaras dengan pertambahan bilangan para pelajar sekolah terutamanya di bandar-bandar. Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru yang telah berpengalaman mengajar sesuatu mata pelajaran tertentu

Bilangan pelajar yang menghadiri kelas tuisyen semakin bertambah. Jika dahulu tuisyen dianggap sebagai kelas pemulihan kepada pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran, tetapi kini pelajar yang cemerlang juga sanggup berbelanja besar dengan hasrat untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran (Jumaliah Rahmat, 1999).

Para pelajar yang mengikuti tuisyen juga terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar iaitu UPSR( Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR (Penilaian Sekolah Rendah), SPM(Sijil Peperiksaan Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia)

TIFFANY TEFTY AYUNISYA (203434)

DEFINISI dan OBJEKTIF


a.      Definisi
Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "Tuition" yang bermaksud "pengajaran". Akta Pendidikan 1996(Akta 550) dan peraturan terpilih mendefinisikan pusat tuisyen sebagai sebuah institusi pendidikan khusus yang memberi bimbingan atau membantu seseorang pelajar atau murid sesuatu sekolah dan juga seorang pelajar atau murid yang belajar di institusi pendidikan swasta bagi menyediakan pelajar atau murid itu untuk menghadapi peperiksaan.


b.      Objektif
Tuisyen merupakan kaedah terbaik bagi ibu bapa untuk membantu anak-anak dalam pelajaran dengan lebih berkesan.Selain itu, pusat tuisyen juga mampu meningkatkan prestasi dan potensi yang sedia ada pada anak-anak agar mampu beroleh kejayaan yang lebih cemerlang dalam akademik. Tuisyen bukan sahaja semata-mata untuk memberi didikan dan tunjuk ajar kepada para pelajar dalam memdalami sesuatu subjek, malah mampu untuk memupuk keyakinan dalam diri setiap pelajar dalam menghadapi peperiksaan dan juga memberi tips-tips terkini dalam menjawab soalan peperiksaan.

MUHAMMAD NAZRIN BIN AZMI (200169)

Jumaat, 13 Ogos 2010

KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU TUISYEN

Sebagai seorang guru, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang keseluruhan domain yang ingin diajar, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang apa yang ingin diajar, mempunyai pengetahuan tentang cabaran yang akan mendatang dalam sesuatu idea, mempunyai pengetahuan tentang bagaimana sesuatu idea itu boleh disampaikan dan mempunyai pengetahuan bagaimana menilai kefahaman murid. Pengajaran berkesan memerlukan guru membuat refleksi dan usaha berterusan untuk mencapai pembaharuan.

faktor keberkesanan pengajaran oleh guru juga mempengaruhi amalan tuisyen dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar-pelajar yang mendapati mereka sukar untuk memahami sesuatu mata pelajaran dalam sekolah akan cenderung untuk mendapatkan bantuan daripada pusat tuisyen

MUTYA ARINI DEIS (203413)

PERANAN

Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah, peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar,sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah konsep pelatihan. Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, iaitu pelajar berkenaan akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen supaya pelajar berkenaan dapat menguasai kemahiran berkenaan dengan lebih baik. Selain itu, pelajar yang mengikuti kelas tuisyen juga menyatakan tuisyen perlu bagi membimbing dan memahirkan lagi ilmu yang dipelajari di sekolah. Mereka didapati lebih memahami apa yang guru ajar, tetapi melalui tuisyen mereka akan dapat penjelasan lebih mendalam. Mereka juga ingin memenuhi tuntutan untuk memperolehi keputusan peperiksaan yang baik selain untuk memahirkan diri untuk menguasai sesuatu pelajaran.


NORHANIS ALEEZA BTE MOHAMMAD RADZI (206367)

PERSOALAN



©      Adakah faktor minat pelajar mendorong mereka mengikuti kelas tuisyen di luar?
©      Adakah pelajar-pelajar dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk mengikuti kelasm tuisyen?
©      Adakah pengaruh pusat tuisyen yang mendorong pelajar mengikuti kelas tuisyen?
©      Adakah faktor pelajar-pelajar mengikuti kelas tuisyen berbayar kerana mereka tidak dapat mengikuti pengajaran guru di sekolah?
©      Adakah ibu bapa dan keluarga mendorong pelajar mengikuti kelas tuisyen?

Vidyko A.D Putra (203405)

Isnin, 9 Ogos 2010

ANALISIS







Faktor utama yang mendorong para pelajar untuk menghadiri kelas tuisyen adalah "diri mereka" sendiri di mana mereka ingin meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Ini diikuti dengan faktor ibu bapa, kendiri, dan rakan sebaya.

Dalam faktor "meningkatkan prestasi", para pelajar cenderung untuk menghadiri kelas tuisyen kerana tuisyen membantu mereka menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru sekolah dan mereka mengakui bahawa mereka lebih mudah untuk mengikuti pelajaran yang diajar di sekolah setelah mengikuti tuisyen.

Dalam faktor "ibu bapa" pula, antara punca-punca pelajar-pelajar ke kelas tuisyen kerana keinginan ibu bapa tersebut yang mahu anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan..

Bagi faktor "rakan sebaya" pula, sebab utama pelajar hadir ke kelas tuisyen adalah kerana mereka tidak lagi mahu berasa malu dengan rakan-rakan setelah prestasi mereka bertambah baik.

Pelajar juga cenderung untuk mengikuti tuisyen kerana ia dianggap sebagai "gaya hidup remaja masa kini' dan ramai di kalangan pelajar mengikutinya sebagai satu rutin dalam kehidupan mereka. Remaja cenderung untuk meniru perlakuan rakan sebaya mereka supaya mudah diterima di kalangan kelompok tersebut.

Untuk faktor yang terakhir iaitu faktor guru, kecenderungan para pelajar untuk ke kelas tuisyen swasta adalah kerana guru di sekolah tidak dapat memberikan perhatian yang lebih kepada mereka kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas

MUTHIA RAHMA DIANTI (203403)